Berita UtamaDunia

Arab Saudi pertimbang IPO biaya projek mega Makkah

2 projek berjumlah AS$527 bilion termasuk pembangunan bandar seluas 1.2 juta meter

RIYADH, 16 Rabiulakhir 1444H, JumaatArab Saudi meminta bank pelaburan Amerika Syarikat (AS), Lazard kaedah untuk membiayai pembinaan bandar mega futuristik Neom bernilai $500 bilion, serta projek mega bernilai $27 bilion di kota suci Makkah.

Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk menjual hutang daripada projek dan tawaran awam permulaan (IPO) di bursa saham Arab Saudi. 

Dana kekayaan negara itu dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan mempunyai lebih daripada $600bn dalam aset.

Neom dikatakan sebagai pusat usaha Putera Mahkota untuk mengubah ekonomi kerajaan yang kaya dengan minyak daripada petrodolar.

Projek itu termasuk bandar garis lurus sepanjang 170km, disebut sebagai 33 kali saiz New York City, bandar lapan sisi yang terapung di atas air, resort ski dengan perkampungan menegak, dan idea lain seperti lif terbang dan pelabuhan bandar angkasa.

Projek ini telah bergerak perlahan dan terdapat sedikit kemajuan pada beberapa inisiatif yang lebih mewah seperti kereta terbang. 

Megaprojek Makkah

Pada hari Selasa, Reuters melaporkan Lazard juga sedang membangunkan pilihan pembiayaan untuk Masar – sebuah projek pembangunan bandar seluas 1.2 juta meter persegi di bahagian barat Makkah.

Projek baharu itu dijangka menerima 80 peratus pengunjung ke Makkah serta lebih 60 peratus kenderaan yang tiba dari Jeddah. 

Projek itu tertumpu kepada pembinaan jalan pejalan kaki sepanjang 3,650 meter menuju ke Masjid Al Haram, diapit di setiap sisi dengan jalan baharu. 

Pembangunan itu akan merangkumi unit runcit, komersil dan kediaman, dengan tumpuan kepada pelancongan. Laluan bas dan metro baharu juga akan dibina.

Arab Saudi berharap industri pelancongan keagamaannya akan memberi kelebihan kerana berhasrat mempelbagaikan sektor  dan bersaing dengan pemain pelancongan serantau yang mapan seperti UAE dan Mesir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button