Berita Utama

Azhar Harun letak jawatan Pengerusi SPR

Dr Azmi Sharom akan jalankan tugas pengerusi sehingga pelantikan baharu

BANGI, 17 Zulkaedah 1441H, Khamis – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkuat kuasa 29 Jun lalu. 

Unit Komunikasi Korporat SPR dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun 2020. 

Selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi sehingga pelantikan baharu, kata kenyataan itu. 

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Datuk Azhar Azizan Harun atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi SPR,” katanya. 

Azhar Azizan dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 21 September 2018, menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai. 

Sejak beberapa hari lalu, wujud khabar angin mendakwa bahawa Azhar akan dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu, menggantikan Mohamad Arif Md Yusof.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close