Berita Utama

COVID-19: Dua hari sifar penularan tempatan, hanya 6 kes import

Tiada kematian, jumlah kes 8,683, dengan kebolehjangkitan 63

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1441H, Khamis – Usaha mengekang penularan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan hasil yang baik apabila sifar kes penularan tempatan direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, iaitu hari kedua berturut-turut.

Tiada kematian baharu turut direkodkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes maut akibat wabak itu kekal 121 kes untuk hari ke-24 berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya enam kes baharu dilaporkan hari ini, kesemuanya kes import iaitu lima warga tempatan dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 8,683 kes, sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 63 kes,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, terdapat 13 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 8,499 kes atau 97.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close