Berita UtamaDunia

Doktor di Gaza sudah jalankan 40,000 pembedahan tahun ini

Pembedahan kompleks dilakukan meski kurang peralatan perubatan

GAZA, 17 Zulkaedah 1441H, Khamis – Pakar perubatan Palestin di Gaza telah menjalankan kira-kira 40,000 pembedahan di hospital sekitar pantai yang terkepung, pada separuh tempoh pertama tahun 2020, lapor agensi berita Safa.

Pengarah Pentadbiran Hospital Awam dan Klinik Luar di Gaza, Hani Hamada berkata, pembedahan pembedahan yang kompleks memerlukan doktor berkemahiran tinggi walaupun terdapat kekurangan peralatan perubatan.

Hani berkata, baru-baru ini ada dilaksanakan pembedahan jantung pediatrik dan prosedur ortopedik, selain pembedahan onkologi dan trauma.

Ramai doktor berkemahiran tinggi kini bekerja di hospital-hospital di Gaza, termasuk dalam bidang pembedahan kardiovaskular, bedah saraf dan pediatrik, dan beberapa pengkhususan lain.

Kementerian Kesihatan turut mengumumkan bahawa sektor perubatan di Gaza telah membantu penduduk kawasan terkepung yang menghadapi saat sukar, lebih-lebih ketika krisis coronavirus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button