Berita UtamaDunia

Jerman kecam Russia, China sekat bantuan ke Syria

Moscow, Beijing guna kuasa veto lambatkan proses hantar bantuan

BERLIN, 17 Zulkaedah 1441H, Khamis – Ahli Parlimen terkemuka parti pemerintah Jerman mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China dan Russia kerana menyekat resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menghulurkan bantuan rentas sempadan ke Syria.

Dalam satu kenyataan, jurucakap dasar luar untuk kumpulan Parlimen CDU/CSU di Bundestag Jerman, Jurgen Hardt menyifatkan tindakan Russia dan China adalah sinis dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Ahli Parlimen itu menggesa kedua-dua negara melepaskan veto mereka dan mengosongkan jalan untuk bantuan kemanusiaan yang berterusan kepada penduduk Syria.

“Presiden Russia, Putin dan Presiden China, Xi secara peribadi bertanggungjawab atas penderitaan rakyat Syria,” tambah Hardt yang mana negaranya mempengerusikan Majlis Keselamatan PBB bulan ini.

Moscow dan Beijing pada resolusi Majlis Keselamatan PBB kelmarin menggunakan kuasa veto untuk melambatkan penghantaran bantuan dari Turki ke Syria, yang menurut PBB sangat penting untuk menyelamatkan jutaan nyawa.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, sebelum pungutan suara akses rentas sempadan adalah penting bagi kesejahteraan orang awam di barat laut Syria.

Sementara itu, baki 13 anggota Majlis Keselamatan menyokong resolusi yang dirangka oleh Jerman dan Belgium.

Majlis Keselamatan kini dijadualkan untuk mengundi usul Russia menyetujui satu lintasan Turki bagi akses bantuan selama enam bulan.

Pada 15 Mac 2011 – ketika rakyat Syria berarak di jalan raya – mereka langsung tidak menyangka protes antikerajaan ketika itu bakal bertukar menjadi perang kompleks membabitkan pemberontak, pejuang jihad dan tentera asing.

Sejak itu, ratusan ribu orang terbunuh dan lebih daripada 10 juta yang lain kehilangan tempat tinggal, menurut pegawai PBB.

Bekalan bantuan dari PBB dan Turki kerap kali berulang-alik dari sempadan Turki yang melintasi Syria, ke selatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button