Berita UtamaDunia

Korban banjir di Jepun meningkat 66 orang

Pihak berkuasa sahkan 2,000 masih terkandas di 70 kawasan

TOKYO, 18 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Jepun masih melaksanakan operasi mencari mangsa hilang termasuk memindahkan mereka yang terdampar susulan banjir dan tanah runtuh, disebabkan oleh hujan lebat sepanjang hujung minggu.

Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana berkata, angka kematian meningkat kepada 66 orang pada hari ini (10 Julai), dengan 16 yang lain masih hilang.

Sebilangan besar mereka berada di wilayah Kyushu, pulau utama ketiga terbesar di Jepun.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di kampung Kuma, di mana sembilan orang dilaporkan hilang, namun usaha itu ditangguhkan berikutan bimbang risiko berlakunya tanah runtuh. 

Di bandar mata air panas, Yufuin yang terkenal di Oita, seorang pemilik penginapan ditemui mati, dan penyelamat sedang mencari tiga anggota keluarganya yang masih hilang.

Hampir 2,000 orang masih terkandas di 70 kawasan, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.  

Pekerja penyelamat dan pihak berkuasa telah menghubungi sebahagian besar wilayah berkenaan, namun setakat ini jumlah kerosakan belum diketahui. 

Agensi Meteorologi telah mengarahkan supaya pendudul di Nagasaki dan daerah lain di wilayah Kyushu berpindah kerana hujan lebat berterusan. 

Agensi itu meramalkan hujan hingga 300 milimeter (11 inci) di pulau selatan hingga Sabtu.

Suga mendesak penduduk di daerah-daerah yang terjejas untuk berpindah ke tempat disediakan, dengan meyakinkan penduduk bahawa langkah-langkah keselamatan menghadapi COVID-19 sentiasa dikawal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close