Berita Utama

Pupuk prinsip Rukun Negara mulai prasekolah

Rangka pendekatan lebih kreatif, bukan nyanyi atau hafal saja

KUALA LUMPUR, 18 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Pemahaman dan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara perlu bermula seawal peringkat prasekolah supaya ia mampu sebati dengan jati diri setiap warganegara Malaysia, kata Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata penghayatan itu juga perlu dirangka melalui pendekatan lebih kreatif dan bukanlah hanya sekadar melalui nyanyian atau menghafal sahaja.

“Saya tahu sekarang pun ada usaha di peringkat prasekolah tetapi saya rasa realitinya lain (hasilnya kurang baik),” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam ini.

Menurutnya, pada masa kini penghayatan prinsip itu hanya tertumpu dalam soal menghafal tanpa memahami nilai dan maksud sebenar perkara yang diungkapkan.

Sambutan jubli emas Rukun Negara, anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perpaduan Negara, dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button