Berita Utama

Sokong Jumaat ‘Hari Jawi’, boleh juga martabat sebagai tulisan rasmi

Usaha perkasa jawi perlu diperluas, tangkis cubaan pihak prejudis

BANGI, 18 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Tulisan jawi bukan sekadar warisan negara tetapi perlu dimartabatkan sebagai tulisan rasmi, syor Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat.

Menyambut baik pelaksanaan hari Jumaat sebagai hari tulisan jawi, beliau menyokong penuh usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Ustaz Shuhaib berkata, usaha berkenaan perlu diperluaskan bagi menangkis cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang prejudis terhadap jawi.

“Usaha memartabatkan jawi selaras dengan statusnya sebagai khazanah warisan negara yang perlu terus dipelihara.

“Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu menghayati Jawi sebagai identiti negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, Dr Zulkifli berkata, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close