Berita Utama

COVID-19: 1 kematian dicatatkan, 8 kes baharu dilaporkan

Kes kematian babit seorang lelaki tempatan berumur 72 tahun

KUALA LUMPUR, 19 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Setelah 25 hari berturut-turut tanpa merekodkan kematian, Malaysia kembali mencatatkan satu kes kematian COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes maut akibat wabak itu 122 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian itu membabitkan seorang lelaki tempatan bermumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Katanya, lelaki itu telah mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai dan kemudiannya ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai.

“Beliau segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif COVID-19. Beliau kemudiannya disahkan positif COVID-19, kesihatan beliau terus merudum dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah disahkan meninggal dunia pada 5.49 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada lapan kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat adalah kes penularan di dalam negara dengan dua kes dalam kalangan warganegara dan dua lagi kes adalah bukan warganegara, yang seterusnya menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,704. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button