Pendapat

Hagia Sophia: Lakaran sejarah baharu bangsa Islam Turki

Sikap berkorban demi Islam bangsa Turki perlu dicontohi Melayu

ORANG Islam bergembira hari ini dengan perkembangan terkini yang berlaku di Turki. 15 Julai 2020, secara rasmi Aya Sophia akan berfungsi kembali sebagai masjid, menerima jemaah bersolat di dalamnya. Berakhirlah statusnya sebagai muzium.

Pembukaan Istanbul 1453 adalah kemuncak kepada kebangkitan bangsa Islam Turki, satu rumpun yang amat banyak jasanya kepada umat Islam. Rumpun ini merangkumi banyak negata dunia sekarang (sebahagian Russia, Turkistan, wilayah Xinjiang, Uzbekistan dan lain-lain).

Bangsa ini adalah tulang belakang kepada kerajaan Abbasiah di zaman kelemahannya. Mereka adalah pegawai-pegawai kerajaan Abbasiah di zaman al-Makmun dan seterusnya selama hampir 80 tahun.

Mereka menubuhkan kerajaan Tolun dan Mamluk di Mesir, kerajaan Saljuk, kerajaan Khawarizmiah di Turkistan dan kerajaan Ikhsidiah. Membantu kerajaan Abbasiah menghadapi Tatar dan serangan Salib selama hampir dua kurun setengah.

Kemudian mereka membentuk kerajaan Osmaniah yang merupakan kerajaan Islam paling besar dan paling panjang dalam sejarah Islam;

– Bermula 1299 M dan berakhir pada 1924 M

– Keluasan tanah Islam di bawah naungannya seluas 23 juta km persegi meliputi lebih dari 30 buah negara.

Bangsa ini sekali lagi melakar sejarah hari ini dengan pengembalian status masjid kepada Aya Sophia.

Dan sebelumnya mereka telah pun mengisytiharkan visi Turki untuk kembali kepada kerajaan besar Osmaniah dan Saljuk melalui:

– Visi 2053 (sempena pembukaan Istanbul oleh kerajaan Osmaniah di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh pada 1453);

– Visi 2071 (sempena memperingati kemenangan kerajaan Saljuk di bawah Alp Arsalan di dalam peperangan besar Manzikert menentang Byzantine pada 1071).

Moga bangsa bertuah Melayu Islam di nusantara dapat mencontohinya dan sama-sama melakar sesuatu buat umat Islam.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close