Dunia

Turki guna hak kedaulatan kembalikan status Hagia Sophia

Cadangan jadikan semula masjid dikritik pemimpin dunia

ISTANBUL, 19 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Setelah berpuluh tahun Hagia Sophia dijadikan sebagai muzium, akhirnya tapak bersejarah di Istanbul itu akan kembali dibuka menjadi masjid. 

Perkara itu diumumkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam, setelah mahkamah pentadbiran tertinggi membatalkan keputusan pemerintah 1934 yang menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium. 

Tapak bersejarah itu dibina pada 1,500 tahun lalu sebagai katedral Kristian Ortodoks, sebelum ditukarkan menjadi masjid setelah penaklukan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. 

Pada tahun 1934, Hagia Sophia menjadi muzium dan kini diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Umat Islam di Turki sudah sekian lama meminta Hagia Sophia ditukar kembali kepada masjid tetapi anggota pembangkang sekular menentang perkara itu. 

Cadangan itu menimbulkan kritikan dari pemimpin agama dan politik seluruh dunia.

Mempertahankan keputusan itu, Erdogan menegaskan bahawa negara berkenaan telah menggunakan hak kedaulatannya untuk mengubah kembali tapak bersejarah tersebut kepada masjid. 

Mahkamah menyatakan, Hagia Sophia secara rasmi didaftarkan sebagai masjid, selain menegaskan bahawa penggunaannya untuk sebarang tujuan lain selain masjid adalah tidak sah. 

Menurut mahkamah, keputusan Kabinet pada tahun 1934 yang mengakhiri fungsinya sebagai masjid dan mendefinisikannya muzium adalah tidak mematuhi undang-undang.

Erdogan berkata, solat akan dibenarkan dalam Hagia Sophia mulai 24 Julai ini. 

“Seperti semua masjid kami, pintu Hagia Sophia akan terbuka luas untuk penduduk tempatan, orang asing, muslim dan bukan Islam,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close