Berita UtamaDunia

1,500 rumah Palestin belum dibina selepas 6 tahun musnah

Kebanyakan penduduk melarat tanpa tempat perlindungan tetap

BAITULMAQDIS, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad– Lebih daripada 1,500 unit rumah milik penduduk Palestin di Semenanjung Gaza masih belum dibina semula setelah musnah akibat serangan rejim pengganas Israel pada tahun 2014.

Ahli Parlimen Palestin, Jamal al-Khodari dalam satu kenyataan berkata, kemusnahan itu menyebabkan pemilik rumah berserta ahli keluarga mereka hidup dalam kesusahan akibat tiada tempat tinggal tetap.

Jamal berkata, lebih dari 500 kilang mengalami kerosakan teruk akibat serangan rejim Zionis itu.

“Meskipun serangan itu telah lama berakhir, namun ianya masih memberi kesan buruk sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata, pemilik kepada kilang yang musnah akibat serangan itu masih belum menerima pampasan kerosakan bangunan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button