Pendapat

Cahaya di surau menarik hati saya

Ustaz Syukri Yahya dianugerahkan Ikon Pelajar Mualaf

“DALAM tahun 2000an, kami di sini masih tiada elektrik. Hanya di surau ini sahaja yang ada lampu, kerana ada bekalan generator.” – ujar Ustaz Syukri Yahya kepada kami.

“Oleh kerana hanya surau sahaja yang ada elektrik, jadi cahayanya sentiasa menarik saya untuk datang ke surau dan saya seronok kerana di surau ada orang sedang belajar mengaji.”

Tambah beliau: “Walaupun ibu bapa saya belum memeluk agama Islam, tetapi saya yakin mereka akan mengucapkan Syahadah suatu hari nanti.”

Inilah kisah Ustaz Syukri yang telah dianugerahkan Ikon Pelajar Mualaf sempena Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-3 Program Pensijilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Walaupun baru memeluk Islam pada 2016, namun semangat dan kecekalan Ustaz Syukri untuk belajar dan menyebarkan agama Islam di kalangan Orang Asli di Kuala Mu sangat menginspirasikan kami.

Semoga dengan anugerah ini dapat menguatkan lagi semangat anak muda seperti beliau memberi manfaat buat ummah.

Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button