Tarbiyah

Keistimewaan bulan Zulkaedah

Berpuasa serta menunaikan umrah bagi yang berkemampuan

1. BULAN Zulkaedah termasuk dalam bulan-bulan “haram” atau dikatakan sebagai bulan suci bagi umat Islam. Selain itu ialah bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah Taala berfirman ;

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ

“Sesungguhnya jumlah bulan disisi Allah ada 12 bulan yang tertulis dalam kitab Allah pada hari terciptanya langit-langit dan bumi. Di antaranya (12 bulan itu) ada empat bulan yang dihormati..”
[Surah At-Tawbah: 36]

2. Ada riwayat mengatakan, perkataan “zul-kaedah” diambil daripada perkataan (ق ع د) yang bererti “duduk”. Ia membawa maksud “berhenti sebentar daripada melakukan sebarang peperangan atau pertumpahan darah”.

3. Allah Taala telah memperingatkan umat Islam, khususnya bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah di Baitullah supaya menahan diri daripada melakukan maksiat serta pertengkaran sesama umat Islam.

4. Di antara keutamaan-keutamaan pada bulan Zulkaedah adalah seluruh umrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah pada bulan tersebut, kecuali umrah beliau yang diikuti dengan haji.

اعْتَمَرَ أَرْبَعَ عُمَرٍ فِي ذِي الْقَعْدَةِ حَيْثُ رَدُّوهُ وَمِنْ الْقَابِلِ عُمْرَةَ الْحُدَيْبِيَةِ وَعُمْرَةً فِي ذِي الْقَعْدَةِ وَعُمْرَةً مَعَ حَجَّتِهِ

“Rasulullah SAW melaksanakan umrah sebanyak empat kali. Yaitu umrah ketika mereka (Kaum Musyrikin) menghalangi Baginda, umrah pada tahun berikutnya yaitu umrah Al Hudaibiyah, umrah pada bulan Zulkaedah dan umrah ketika Baginda ingin menunaikan haji”.
(HR Bukhari)

5. Selain itu, Rasulullah SAW dan generasi salaf juga amat tekankan berpuasa pada bulan-bulan ‘haram’ .Termasuk padanya bulan Zulkaedah ini. Baginda bersabda

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم، وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah berpuasa pada bulan-bulan “haram”, dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat malam (qiyamullail).
(HR Muslim dan Ahmad)

6. Mereka sering memperbanyakkan berpuasa katika masuk bulan-bulan tersebut. Banyak riwayat yang menyebut tentang perbuatan serta renungan mengenai puasa pada bulan-bulan tersebut. Sufian Ath-Thauri pernah berkata ;

أشهر الحرم أحب إلي أن أصوم منها

“Pada bulan-bulan ‘haram’ ini aku lebih gemar berpuasa di dalamnya.”
(Kitab Lathaiful Maarif oleh Ibnu Rejab)

7. Oleh itu, terdapat dua amalan yang utama ketika bulan Zulkaedah ini iaitu berpuasa serta menunaikan Umrah bagi yang berkemampuan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang suka mengejar kebaikan.

Majlis Ulama ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button