Berita Utama

Permit kerja Md Rayhan batal: KPN

Md Rayhan perlu serah diri sebelum diusir balik ke negara asal

BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan, permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya, “ katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Sebelum ini, dokumentari disiarkan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera pada 3 Julai lalu berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown menampilkan Md Rayhan telah membangkitkan amarah orang ramai, apabila lelaki berusia 25 tahun itu dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing.

Selasa lalu, JIM memohon bantuan orang ramai mengesan Md Rayhan

MD Rayhan dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close