Berita UtamaDunia

VIDEO l Selepas 86 tahun, laungan azan bergema di Hagia Sophia

Solat Jumaat pertama di bangunan ikonik ditetapkan 24 Julai ini

ISTANBUL, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Laungan azan kedengaran buat pertama kali pertama dari Hagia Sophia, di sini setelah bangunan ikonik itu kembali menjadi masjid.

Mengetepikan amaran antarabangsa untuk tidak mengubah status struktur berusia 15 abad yang dihormati penganut Kristian dan muslim itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menandatangani dekrit yang menukar statusnya sebagai muzium.

Setelah mahkamah membuat keputusan, rakyat yang menunggu di luar melaungkan “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) ketika maklumat didedahkan.

Satu rakaman video memaparkan, seorang imam meminta orang beriman untuk berdoa dari Hagia Sophia disiarkan di Twitter dan sekumpulan orang Islam kemudiannya berdoa di laman budaya UNESCO.

Erdogan berkata, solat pertama di Hagia Sophia akan diadakan pada 24 Julai ini untuk solat Jumaat setelah 86 tahun.

“Insya-Allah, kami akan menunaikan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka kembali Hagia Sophia untuk beribadah.

“Seperti semua masjid kami, pintu Hagia Sophia akan terbuka luas untuk penduduk tempatan dan warga asing, muslim dan bukan muslim,” kata Erdogan di televisyen negara.

Mahkamah pentadbiran tertinggi Turki mengeluarkan keputusan pada hari Jumaat yang membuka jalan bagi kerajaan untuk menukar bangunan ikonik di Istanbul itu – bekas katedral yang bertukar menjadi masjid yang kini berfungsi sebagai muzium – kembali menjadi rumah ibadat muslim.

Majlis Negara menolak petisyen yang dikemukakan oleh kumpulan agama dan membatalkan keputusan Kabinet tahun 1934 yang mengubah bangunan itu menjadi muzium.

Keputusan itu membolehkan kerajaan mengembalikan status Hagia Sophia sebelumnya sebagai sebuah masjid. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button