Berita Utama

SUHAKAM didakwa teruskan agenda iktiraf transgender?

Giat jalan kajian 'Feasibility of Legal Recognition of Transgenders'

BANGI, 23 Syaaban 1443H, Sabtu – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) didakwa, giat meneruskan kajian bagi mengiktiraf transgender di negara ini.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Prof Rafidah berkata, masalah diskriminasi tidak akan dapat diatasi dengan memberi pengiktirafan dari sudut perundangan kepada golongan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, keputusan itu dibimbangi akan memberi kesan buruk selain memakan diri sendiri kelak.

“SUHAKAM nampaknya meneruskan kajian ‘Feasibility of Legal Recognition of Transgenders’. One of the first step untuk kita menempuh keadaan seperti ibu bapa di Barat.

“Saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam SUHAKAM untuk memikirkan sedalam-dalamnya maslahah ummah.

“Kita sudah nampak pengiktirafan transgender menghala ke mana. Saya tekankan sekali lagi, masalah diskriminasi tidak diatasi dengan memberi pengiktirafan dari sudut undang-undang. Bahkan ia boleh ‘backfire’,” katanya.

Beliau menegaskan, terdapat begitu banyak implikasi buruk daripada usaha mengiktiraf golongan transgender di negara ini.

Antaranya terbatal undang-undang Islam yang tidak membenarkan lelaki berkelakuan seperti wanita, katanya.

Selain itu, katanya lagi, ia juga boleh menggugat undang-undang kekeluargaan yang menyebut jantina lelaki dan perempuan.

“Masalah perubatan dan kos kesihatan yang meningkat (sex reaffirming health services akan menuntut kita membelanjakan wang untuk hormon wanita dan pembedahan pertukaran jantina)

“Menafikan hak bagi ruangan selamat wanita seperti tandas wanita, wad wanita, bilik persalinan pakaian wanita, penjara wanita.

“Menafikan hak wanita dalam sukan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button