Berita Utama

4 kes baharu dilaporkan hari ini

Libatkan kes import mendapat jangkitan di luar negara

PUTRAJAYA, 22 Zulkaedah 1441H, Selasa – Sebanyak empat kes baharu dilaporkan hari ini, melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini berjumlah 8,729 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan virus adalah 83 kes.

“Semua empat kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja),” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini .

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata empat kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan adalah 8,524 kes.

Sehingga kini, terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close