Berita Utama

Bidas Jawi: GERAKAN tak junjung kedaulatan bahasa Melayu

Pemimpin pertikai pelaksanaan tulisan Jawi tak layak disokong pada PRU15

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Zulkaedah 1441H, Selasa – Usaha menolak tulisan Jawi oleh GERAKAN membuktikan parti itu tidak menjunjung dan mendaulatkan bahasa Melayu.

Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Zamani Ibrahim berkata, ini kerana tulisan Jawi bukan sahaja seni warisan negara, malah adalah tulisan bagi bahasa Melayu itu sendiri di samping tulisan rumi. 

Tegasnya, tulisan Jawi adalah tulisan yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau nak bandingkan antara tulisan Jawi dengan tulisan Cina, sepatutnya semua rakyat Malaysia boleh lupakan tulisan Cina dan simpan tulisan Cina itu di muzium sahaja. 

“Ini kerana tulisan Jawi adalah tulisan kepada bahasa Melayu yang diiktiraf dalam Perlembagaan berbanding tulisan Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sehubungan itu, Ustaz Zamani menggesa, GERAKAN agar tidak ‘bising’ dengan pelaksanaan Hari Jawi kerana orang Melayu berhak memartabatkannya.

“Saya menyeru agar semua bangsa warganegara Malaysia hendaklah sentiasa menghormati semua perkara yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.

“…. dan mana-mana pemimpin parti yang mempertikaikannya, mereka tidak layak untuk disokong pada PRU15 nanti,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong bertegas, mahu menentang habis-habisan jika orang bukan Islam disuruh mempelajari tulisan Jawi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button