Berita Utama

Jangan biar politik lemahkan kesatuan ummah

Umat Islam perlu bina kekuatan, abai pergaduhan politikus

BANGI, 22 Zulkaedah 1441H, Selasa – Umat Islam diingatkan supaya melihat politik hari ini di luar kerangka kepartian tertentu, dengan menjadikan kesatuan ummah sebagai asas dalam membina kekuatan dan kemajuannya.

Penolong Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa berkata, umat Islam perlu membina kekuatan sebenar dan mengabaikan golongan politik yang terus bergaduh. 

Beliau berkata, hanya melalui kesatuan antara ummah sahaja akan membawa umat Islam keluar daripada kemelut politik yang tidak berkesudahan. 

“Mungkin ada di kalangan kita yang merasakan ia tidak praktikal pada hari ini di mana setiap pihak mempunyai komitmen kepartian yang tersendiri. 

“Saya jawab, apa yang berlaku hari ini juga merupakan satu perkara yang tidak praktikal pada suatu masa dahulu di mana pusat kuasa oleh sistem kesultanan yang stabil dan tidak wujud pula pakatan pembangkang rasmi yang siang malam bekerja untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ustaz Ahmad Syamil berkata, sistem demokrasi hari ini hanyalah alat dalam mengatur sesebuah pemerintahan dan tidak sepatutnya dilihat sebagai sistem dari Tuhan yang suci serta mutlak. 

“Sekiranya kita terperangkap dalam permainan ini maka sampai bila-bila kita tidak akan maju kerana kita sentiasa dipergunakan oleh pihak yang berada di luar sistem ini dan membolak-balikkan bagi menjamin kepentingannya. 

“Sekiranya kita masih duduk dalam takuk yang lama, kita akan sentiasa dipolitikkan oleh para kapitalis, taikun-taikun yang kaya bagi menjamin kedudukan mereka yang hakikatnya mereka tidak pernah pun berangan nak jadi ahli politik,” katanya. 

BACA PENUH TULISAN USTAZ AHMAD SYAMIL DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close