Berita Utama

11 warga asing miliki MyKad palsu

Mereka ditahan di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam

PUTRAJAYA, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – Seramai 11 pekerja kilang warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, hari ini.

Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN itu dijalankan susulan aduan awam yang diterima mengenai terdapat pekerja di kilang tersebut menggunakan kad pengenalan palsu, menurut kenyataan JPN.

“Objektif operasi ini bertujuan mencegah dan membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan diri,” menurut JPN berhubung operasi yang disertai 20 anggota penguatkuasa JPN itu.

JPN turut mengingatkan pihak pengurusan kilang supaya memastikan mereka yang diambil bekerja mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“JPN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati terbabit dalam kegiatan sebegini,” kata JPN sambil memaklumkan operasi penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras penyalahgunaan dokumen kad pengenalan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button