Pendapat

Apa erti kuasa jika Islam terus dihina, anak bangsa mengemis?

Misi selamatkan Ketuanan Melayu bukan guna sentimen bangsa untuk kepentingan parti politik

ENTAH mengapa pagi ini saya merenung dan terbuka kembali buku tulisan saya mengenai perpaduan Melayu yang pernah saya tulis pada tahun 2011 ini.

Buku yang saya tulis ini menanam harapan yang sangat tinggi agar orang Melayu dapat kembali bersatu hati satu hari nanti. Alhamdulillah, harapan dan visi saya ini menjadi kenyataan sembilan tahun kemudian.

Namun, di akhir penulisan saya ini, saya menulis:

“… misi untuk menyelamatkan ketuanan Melayu bukanlah menggunakan sentimen bangsa untuk kepentingan mana-mana parti tetapi untuk menyelamatkan ketuanan Melayu, sebenarnya mestilah dengan diadili mana-mana pemimpin Melayu yang rasuah. Nasib bangsa tidak harus diperjudikan dengan keghairahan mendapat kuasa politik sehingga terlupa akan nilai-nilai perjuangan Islam. Apa erti kemenangan jika milikan negara semakin terhakis? Apa erti kekuasaan jika Islam terus dihina? Apa erti harta melimpah ruah jika anak bangsa mengemis di jalanan?”

Ternyata apa yang telah saya tuliskan ini memang sangat relevan dan tepat pada apa yang sedang berlaku pada hari ini yang harus kita renungi bersama.

Semoga terus dikurniakan kekuatan untuk menyumbang fikiran dan tenaga bagi membina bangsa ini, Insya-Allah.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
15 Julai 2020

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close