Berita Utama

ADUN Slim meninggal dunia

Mohd Khusairi rebah ketika bermain golf

IPOH, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button