Berita Utama

GERAKAN bantah isu Jawi, kenapa kes pelancong China membisu?

Mereka takkan terima agenda kait Melayu kecuali ada 'kepentingan'

BANGI, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – Parti rasis GERAKAN tidak akan menerima sebarang agenda atau program yang mempunyai kaitan dengan Melayu Islam, kecuali yang memberikan kepentingan kepada perniagaan kaum Cina. 

Hal itu terbukti apabila GERAKAN menentang sekiranya orang bukan Islam diminta untuk mempelajari tulisan jawi, kata Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir. 

Beliau berkata, GERAKAN hanya menerima tulisan jawi untuk sijil kelayakan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja, sebaliknya menentang jika tidak mempunyai kepentingan buat mereka. 

Bahkan katanya, parti itu hanya menerima apa yang diambil dari negara asal mereka iaitu China, dan bersikap bisu dengan isu keselamatan serta kepentingan nasional berkaitan bangsa mereka. 

“Isu pelancong China tak keluar Malaysia, mereka semua senyap. Isu warga China dan kaum Cina tempatan terbabit judi haram pun mereka semua senyap.

“Semua isu jenayah atau pelanggaran undang-undang negara ini yang berkaitan dengan bangsa mereka sama ada warga tempatan atau China juga mereka senyap,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong yang mahu menentang jika orang bukan Islam disuruh untuk mempelajari tulisan jawi. 

Penentangan Tong Keong itu kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bahawa hari Jumaat diisytihar sebagai ‘Hari Jawi’. 

“Mengapa menteri ini perlu membangkitkan isu penggunaan jawi. Ini menunjukkan pihak sana ada agenda yang lebih besar tersembunyi di belakang tabir. 

“Malaysia ialah sebuah negara majmuk, kalau beliau berpendapat setelah mendapat kelulusan Kabinet, beliau boleh menyebarkannya (jawi) kepada orang bukan Islam, mereka telah membuat kesilapan besar,” kata Tong Keong. 

Ustaz Sharipudin berkata, memandangkan GERAKAN tidak akan menerima sebarang agenda berkait Melayu dan Islam, maka tidak perlulah menggunakan bahasa diplomasi dengan parti berkenaan. 

“Inilah satu bangsa yang tidak mengerti erti perpaduan dengan bangsa lain. 

“Cuba lihat kepada isu-isu lepas yang berkaitan dengan keselamatan dan kepentingan nasional. Mereka semua bersepakat tanpa mengira parti mereka yang ada,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close