Berita UtamaDunia

Hamas beri amaran ‘takkan berdiam’ jika rejim Israel terus ceroboh al-Aqsa

OIC, Liga Arab didesak hentikan tindakan provokatif pengganas Zionis

BAITULMAQDIS, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada pihak berkuasa negara haram Israel supaya tidak berlaku pelanggaran di Masjid al-Aqsa di kota lama al-Quds yang diduduki.

Hamas dalam satu kenyataan pada Selasa menegaskan, setiap tindakan provokatif terhadap kawasan suci itu akan membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan seterusnya mencetuskan perjuangan bersenjata.

“Rejim Israel akan membayar harga yang besar untuk pencerobohan di perkarangan yang dihormati dan pelanggaran berterusan di masjid akan menjadi penyebab konfrontasi,” katanya.

Gerakan Palestin itu juga menolak keputusan mahkamah Israel untuk menutup Pagar Emas yang bersejarah – dikenali sebagai Bab al-Rahma dalam bahasa Arab – dan satu-satunya pintu timur menuju Masjid al-Aqsa – dengan menegaskan bahawa rejim Israel tidak akan dapat menahan kekuatan Palestin.

“Ini kerana rakyat dapat membuat perkara mungkin mustahil serta menghapuskan skema pendudukan yang menyasarkan Baitulmaqdis al-Quds,” katanya.

Hamas turut menyifatkan penutupan Bab al-Rahma sebagai langkah menjadikan masjid sebagai rumah ibadat dan kota Yahudi di samping memaklumkan bahawa rancangan berbahaya seperti itu tidak akan berhasil.

Gerakan Palestin itu kemudian meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mengambil tindakan menghentikan ancaman yang melanda Masjid al-Aqsa dan mencegah rejim Israel mencapai objektifnya.

Kelmarin, pertubuhan Islam di Baitulmaqdis Timur menolak keputusan mahkamah Israel untuk menutup kawasan solat Bab al-Rahma di perkarangan Masjid al-Aqsa dengan menegaskan bahawa semua yang ada di dalam tembok itu adalah kepunyaan umat Islam semata-mata dan rejim Israel tidak mempunyai hak atau kuasa ke atasnya.

Warga Palestin berulang kali memberi amaran mengenai cubaan Israel untuk mengubah status quo perkarangan Masjid al-Aqsa. Masjid al-Aqsa adalah masjid suci ketiga dalam Islam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button