Dunia

Mesir beri subsidi beras, roti, topeng muka kepada 60 juta penduduk

Harga topeng muka 8.5 pound, berbanding harga asal 15 hingga 20 pound

KAHERAH, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – Mesir menawarkan penutup hidung dan mulut yang boleh diguna semula dengan harga sekitar AS$50 sen setiap satu, selain memberi subsidi ke atas beberapa barangan keperluan makanan dalam usaha mengekang penularan COVID-19. 

Negara itu mensubsidikan barang-barang seperti roti, beras, gula serta penutup hidung dan mulut yang memberikan manfaat kepada lebih 60 juta rakyatnya. 

Jurucakap kementerian bekalan Mesir, Ahmed Kamal berkata, 22 juta keluarga akan diberikan kad bekalan topeng muka dengan harga hanya 8.5 pound Mesir setiap satu. 

“Dengan harga 8.5 pound Mesir per topeng, harganya sangat berpatutan untuk orang ramai … syarikat swasta menjual topeng sama dengan harga antara 15 dan 20 pound,” katanya. 

Ahmed berkata, pihak berkuasa Mesir berhasrat untuk mengedarkan sebanyak 19 juta topeng muka pada akhir bulan Julai ini.

Katanya, sebanyak 40 juta topeng muka yang akan dibekalkan antara Julai dan Ogos diperiksa untuk keselamatan, malah pihak berkuasa merancang menambah lagi jumlahnya. 

Mei lalu, Mesir mengenakan denda kira-kira AS$250 ke atas mana-mana individu yang tidak memakai topeng muka di khalayak. 

Setakat ini, Mesir mencatatkan 83,000 kes jangkitan pandemik coronavirus termasuk 3,935 kematian. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button