Berita Utama

PEMBELA bawa suara rakyat ke KDN

NGO Islam sedia kerjasama dengan kementerian demi keselamatan

BANGI, 24 Zulkaedah 1441H, Khamis – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengadakan kunjungan muhibah ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya, hari ini. 

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, banyak isu yang menjadi kebimbangan rakyat telah dibawa oleh PEMBELA untuk dibincangkan bersama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Beliau yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata, ia termasuklah kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, isu pendatang asing tanpa izin (PATI), kad pengenalan palsu, kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan komunis. 

“Alhamdulillah kita mendapat respons yang positif dari pihak kementerian dan Insya-Allah NGO-NGO Islam akan jalin lebih banyak kerjasama terutamanya dalam isu keselamatan dalam negeri.

“Terima kasih kepada pihak kementerian kerana sudi meraikan dan mendengar suara rakyat terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan dalam negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Selain Haji Aminuddin, kunjungan PEMBELA itu turut disertai Naib Pengerusinya, Ustaz Masridzi Sat dan Cikgu Izzat Johari.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close