Dunia

PM Tunisia letak jawatan, 6 menteri dipecat

Ennahda buat keputusan tidak sokong kerajaan pimpinan Fakhfakh

TUNIS, 24 Zulkaedah 1441H, Khamis – Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua.

Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied.

Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan.

Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di parlimen, membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Fakhfakh.

Dengan memiliki 54 kerusi parlimen, parti itu baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk meminta Fakhfakh berundur, kerana “konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.”. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button