Artikel Khas

Dunia hari ini dikuasai World Zionist Organisation

Dunia Islam mesti gantikan New World Orde dengan agenda perdana ummah sejagat

Apa yang berlaku di Gaza dan Palestin serta sekelilingnya kelihatan bagai sebuah drama yang ada penerbit, skrip, penaja dan pelakonnya.

Boleh kita buat konklusi bahawa dunia hari ini dikuasai oleh World Zionist Organisation atau apa jua nama organisasi yang menerajui agenda New World Orde.

Apa yang berlaku bagai babak-babak akhir drama daripada lakaran skrip di Basel, Switzerland pada 29-30 Jun 1897 yang lalu.

Namun untuk jangka sederhana dan panjang, dunia Islam tidak punyai pilihan yang lain selain daripada mengemukakan satu alternatif bagi menggantikan NWO dengan agenda perdana ummah sejagat.

Ia tidak cukup dengan jumlah umat yang ramai dan ajaran Islam yang betul sahaja tetapi direncanakan dengan sistematik sehingga berjaya membangunkan satu peradaban yang baharu yang mencakupi bidang kuasa kontemporari termasuklah ekonomi, media, politik, perundangan, hubungan antarabangsa, kesihatan, sains dan teknologi serta keselamatan, alam sekitar dan sumber alam, sejarah dan budaya serta pembangunan semua umat melalui dakwah, pendidikan dan kepimpinan.

Umat hari ini sedang melalui ujian dan tapisan bagi menjayakan kembali agenda perdana yang memerlukan sumbangan dan komitmen anggota masyarakat dan kerajaan daripada pelbagai latar belakang dan geografi demi masa depan umat dan generasi pendokong kepimpinannya.

Tekadkan keyakinan, suburkan persaudaraan, raikan perbezaan, fokuskan jalan kejayaan dan tingkatkan munajat bagi memastikan kejayaan yang diimpikan ini akan menjadi satu realiti, dengan izinNya.

Agenda pembebasan Masjid al Aqsa dan bumi Palestin boleh menjadi katalis kepada lebih banyak kejayaan baharu buat umat sejagat di peringkat global.

Setiap kita harus memainkan peranan ke arah kejayaan agenda perdana ini, walau di mana kita berada dan melalui apa jua posisinya.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button