Berita UtamaDunia

Kematian Khashoggi: Komitmen Riyadh beri keadilan diragui

Duta Arab Saudi ke Turki ketika pembunuhan berlaku kini timbalan menteri

RIYADH, 25 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Duta Besar Arab Saudi ke Turki pada ketika berlakunya pembunuhan kejam wartawan, Jamal Khashoggi kini telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri kerajaan.

Tindakan berkenaan kemungkinan menimbulkan lebih keraguan mengenai janji Riyadh untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan wartawan Washington Post itu.

Waleed A Elkhereiji adalah diplomat tertinggi Arab Saudi di Istanbul ketika Khashoggi dibunuh sejurus beliau memasuki Konsulat Saudi, di mana mayatnya tidak pernah dijumpai.

Elkhereiji dipanggil oleh Kementerian Luar Negeri Turki untuk ditanya keberadaan Khashoggi ketika beliau diketahui hilang.  

Pada masa itu, Arab Saudi menegaskan bahawa Khashoggi telah meninggalkan konsulat.  

Riyadh mengakui wartawan yang berusia 59 tahun itu dibunuh di premisnya hanya ketika Ankara memberikan bukti bahawa beliau tidak meninggalkan konsulat Arab Saudi dan ia memiliki bukti pembunuhannya di dalam bangunan itu.

Elkhereiji bekerja sebagai Menteri Pertanian Arab Saudi selama setahun hingga 2015. 

Pada tahun yang sama, beliau dilantik oleh Raja Salman Bin Abdulaziz sebagai anggota Majlis Syura, sebuah badan penasihat rasmi. 

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat dan menjadi Duta Arab Saudi ke Ankara pada tahun 2017.

Pada bulan Mac, Peguam Negara Turki mengeluarkan dakwaan terhadap 20 warganegara Arab Saudi yang dituduh atas pembunuhan Khashoggi, di mana Elkhereiji tidak termasuk dalam senarai.

Laporan PBB 2019 menyimpulkan bahawa, putera mahkota yang dikenali sebagai Mohammed Bin Salman (MBS) bertanggungjawab ke atas pembunuhan Khashoggi. 

Perisikan Amerika juga mencapai kesimpulan yang sama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button