Berita UtamaDunia

Kemelut di Libya tegang, Turki kecam Mesir, UAE sokong musuh

Turki salur bantuan ketenteraan kepada kerajaan di Tripoli

ISTANBUL, 25 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ekoran tindakan mereka menyokong tentera yang berpusat di Timur Libya.

Kecaman dibuat selepas Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bertemu puak Libya yang menggesa Kaherah campur tangan dalam perang saudara.

Turki memberikan bantuan ketenteraan kepada pihak kerajaan yang berpusat di Tripoli dalam konflik di Libya, sementara Mesir, UAE dan Russia menyokong musuh-musuhnya dalam pemerintahan yang berpusat di Timur.

Beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan kemaraan tentera kerajaan yang mendorong komander Timur Khalifa Haftar melancarkan serangan ke ibu kota.

Penggubal undang-undang yang berpusat di Timur minggu ini menggesa, Mesir campur tangan dalam konflik berkenaan.

Al-Sisi bertemu dengan suku Libya, semalam dan mengatakan Mesir tidak akan terbiar dalam menghadapi ancaman langsung terhadap keselamatan negara itu dan Libya.

Ditanya mengenai kemungkinan campur tangan Mesir, Erdogan berkata, Turki akan mengekalkan sokongannya terhadap Kerajaan Perjanjian Nasional (GNA) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Langkah-langkah yang diambil oleh Mesir di sini, terutama berpihak kepada Haftar menunjukkan mereka berada dalam proses tidak sah,” katanya yang turut menggambarkan pendekatan UAE sebagai ‘cetak rompak’.

Al-Sisi bulan lalu berkata, tentera Mesir mungkin memasuki Libya jika kerajaan Tripoli dan sekutunya dari Turki memperbaharui serangan di baris hadapan Sirte dan Al-Jufra, yang dilihat sebagai pintu masuk ke terminal eksport minyak utama Libya – kini dipegang oleh sekutu Haftar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button