Berita UtamaDunia

Banjir di Indonesia, lumpur tebal sukar temui 60 mangsa hilang

14,000 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara

SULAWESI, 26 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 36 maut dan puluhan lagi masih hilang selepas banjir kilat di Sulawesi, Indonesia, lapor pihak berkuasa.

Angka mereka yang dilaporkan hilang turut meningkat kepada lebih 60 orang selepas anggota keluarga gagal menemui mangsa.

Pegawai pasukan mencari dan menyelamat di Luwu Utara, Andi Mukti berkata, peluang menemui mereka masih hidup sangat tipis kerana pencarian sudah berlanjutan selama empat hari dan suasana di lapangan amat sukar.

“Terdapat lumpur setebal dua meter, namun kami meneruskan pencarian sehingga hujung minggu ini,” katanya.

Selain itu, ribuan rumah dan pejabat kerajaan serta kemudahan awam juga dilitupi lumpur tebal akibat banjir.

Lebih 14,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana alam, kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Luwu Utara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button