Berita Utama

Bukit St Paul: MCA lebih pertahan nilai penjajah dari sejarah asal?

Ronald lawan arus bantah tukar nama St Paul kepada Bukit Melaka

BANGI, 26 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Parti perkauman MCA tidak layak diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas menunjukkan belang membantah pertukaran nama ikon sejarah di Melaka.

Sebelum ini, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bercadang menukar nama Bukit St Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Sebaliknya, cadangan itu mendapat tentangan MCA Kota Melaka dengan mendakwa tindakan mengubah nama ikon sejarah itu sebagai tidak masuk akal.

Naib pengerusinya, Datuk Ronald Gan berkata, Bukit St Paul harus kekal seperti yang telah diketahui selama ini.

Menyifatkan bantahan parti perkauman itu sebagai provokatif, Ketua Perhubungan Negeri (KPN) ISMA Melaka, Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, tindakan MCA itu langsung tidak menghormati sejarah dan identiti negara.

“Apakah MCA lebih suka mempertahankan nilai penjajah berbanding sejarah asal? Apa yang MCA nak takut sangat dengan identiti empayar Melayu Melaka? Bukankah itu adalah identiti asal dan jati diri negara ini?,” soalnya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan Ronald bahawa rakyat menilai kenyataan beliau yang dilihat seolah-olah cuba melawan arus.

“Ya, jika diberi peluang dan cadangan, kita pasti akan tukar semua nama agar melambangkan identiti asal negara ini,” katanya sinis.

Ir Khoushaini menjelaskan, Bukit St Paul atau nama asalnya Bukit Melaka adalah lokasi asal Kompleks Istana Kesultanan Melayu Melaka tujuh tingkat dan Masjid Agung Melaka termasyhur dalam sejarah telah dihancurkan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511.

“Justeru kita wajib mengembalikan nilai sejarah itu selari dengan identiti negara ini. Majoriti rakyat Melaka yang sayangkan identiti negara menyokong penuh cadangan PERZIM ini.

“Kita harap kerajaan PN Melaka yang memperjuangkan agenda Melayu dan Islam dapat meluluskan. Ini adalah bukti kerajaan PN mampu menjaga identiti dan jati diri negara ini, bukan sebaliknya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button