Berita UtamaDunia

Lebih 14 juta kes seluruh dunia, AS paling teruk terjejas

Jangkitan COVID-19 di India terus merebak, lebih sejuta kes direkod

WASHINGTON, 26 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Lebih 14 juta kes pandemik COVID-19 direkodkan di seluruh dunia setakat pagi ini, lapor Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

AS kekal menjadi negara paling teruk dilanda wabak apabila mencatatkan 3.6 juta jangkitan, manakala lebih 139,100 kematian.

Brazil pula mempunyai jumlah kes dan kematian COVID-19 terbesar di Amerika Latin – antara jangkitan kedua tertinggi di seluruh dunia – melebihi dua juta orang.

Data kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat lebih 45,000 kes jangkitan baharu termasuk 1,300 kematian dalam tempoh 24 jam.

Pakar Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Jean Gorinchteyn berkata, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding angka sebenar kerana ujian tidak dilakukan secara meluas.

Selain itu, India, Russia, Peru, Afrika Selatan dan Mexico juga antara negara yang paling teruk dilanda wabak.

Pandemik COVID-19 di India melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan sudah merebak ke luar bandar besar.

Pakar meramalkan, angka sejuta jangkitan di negara itu adalah rendah, jumlahnya dijangka meningkat dengan ketara kerana penduduknya saja sudah mencecah 1.3 bilion.

Sementara itu, sembilan negara merekodkan kes positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Jerman.

Lima lagi negara merekodkan angka lebih daripada 100,000 ialah Bangladesh, Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button