Berita Utama

Terima kasih penyumbang Misi Kasih Pelajar Mesir

22 penuntut terkandas selamat sampai, tabung sumbangan masih dibuka

BANGI, 26 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Seramai 22 pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir akibat pandemik COVID-19, selamat tiba di tanah air semalam. 

Kesemua penuntut berkenaan adalah kumpulan pertama yang dibawa pulang melalui Misi Kasih Pelajar Mesir, yang dilancarkan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Yayasan Maghfirah. 

Tabung bantuan ‘Aku Ingin Pulang: Misi Kasih Pelajar Mesir’ itu dilancarkan bagi menampung sebahagian kos tiket penerbangan pelajar yang tidak berkemampuan untuk pulang ke Malaysia. 

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, antara mereka yang dibawa pulang dalam misi itu sudah tamat pengajian dan semester, tetapi tidak mampu membeli tiket penerbangan yang berlipat kali ganda akibat krisis COVID-19. 

“Ada juga antara mereka yang hilang pekerjaan atau sukar mencari pekerjaan yang akhirnya tidak mampu lagi bertahan untuk menyara hidup untuk lebih lama lagi di sana. 

“Malah, keadaan krisis COVID-19 di sana semakin teruk di mana amalan SOP bagi mencegah wabak ini amatlah longgar dan kadar kes di Mesir adalah sangat tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Serentak itu, beliau berterima kasih kepada semua penyumbang untuk tabung misi berkenaan yang telah berjaya membawa pulang kumpulan pertamanya semalam. 

“Tabung sumbangan masih lagi dibuka, anda boleh hulurkan sumbangan anda di pautan berikut https://www.billplz.com/MisiKasihAY

“Syabas kepada ISMA Pusat, ISMA Mesir dan Yayasan Maghfirah kerana menggerakkan kempen ini. Teruskan segala usaha kita dalam agenda membela umat ini, insyaAllah,” katanya. 

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank Yayasan Maghfirah, Maybank (562263552802) atau CIMB (8603221427).

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Yayasan Maghfirah, 03-87401193 atau 013-2029871 (Encik Afiq), atau Facebook Yayasan Maghfirah serta Telegram t.me/yayasanmaghfirah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close