Berita UtamaDunia

72,045 kes harian tertinggi di AS

926 kematian baharu, bilangan pesakit di hospital meningkat

WASHINGTON, 27 Zulkaedah 1441H, Ahad – Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan kes baharu yang tinggi dengan 72,045 kes COVID-19 direkodkan pada Jumaat.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan, jumlah berkenaan sekali gus mencatat rekos kes harian tertinggi sejak pandemik bermula.

Pada masa sama, CDC pada Jumaat turut melaporkan sejumlah 926 kematian baharu, selain bilangan pesakit dirawat di hospital turut meningkat pada minggu ini.

Selain itu, pusat berkenaan mengesahkan, golongan pesakit berusia 65 mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti mereka yang berusia 50 hingga 64 tahun dan individu dalam lingkungan umur 18 hingga 49.

90.9 peratus daripada 9,736 pesakit yang dirawat di hospital mengalami sekurang-kurangnya satu komplikasi termasuk hipertensi, obesity, penyakit metabolic kronik dan kardiovaskular.

Sementara itu, sebanyak 51.3 peratus daripada 199 pesakit kanak-kanak dilaporkan mengalami sekurang-kurangnya satu komplikasi termasuk asma, obesiti dan gangguan neurologi.

Jumlah kematian akibat pandemik itu adalah menurun berbanding minggu lalu, namun masih berada di atas paras dan dijangka terus meningkat apabila lebih banyak sijil kematian siap diproses.

Selain itu, CDC turut melaporkan sebanyak 47,313,367 ujian yang dijalankan pada Jumaat merekodkan 4,370,863 disahkan positif, menjadikan kadar jumlah positif COVID-19 kepada 9 peratus.

Hampir 3.68 juta kes COVID-19 dilaporkan di AS dengan kadar kematian melepasi 139,700 setakat semalam, berdasarkan perangkaan oleh Universiti John Hopkins. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close