Berita Utama

8 bayi, 38 kanak-kanak antara 135 diselamatkan dalam kebakaran

Mangsa termasuk 12 warga emas, dua OKU, 75 dewasa

SIBU, 27 Zulkaedah 1441H, Ahad – Lapan bayi dan 38 kanak-kanak adalah antara 135 orang yang diselamatkan dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Ulu Arip, Selangau, kira-kira 132 kilometer dari sini, malam tadi, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai APM Sibu Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata, kesemua mangsa yang turut merangkumi 12 warga emas, dua orang kurang upaya dan 75 orang dewasa kini terpaksa berlindung di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan selepas rumah panjang 18 pintu yang didiami musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam, katanya ketika dihubungi.

Beliau yang mengendalikan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata bantuan awal termasuk Kit Makanan Permulaan telah diedar kepada mangsa sejak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak melaporkan kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 3.46 pagi. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button