Berita UtamaDunia

Google, Apple ‘hapus’ nama Palestin ganti Israel tindakan provokatif

Lebih sejuta desak masukkan semula Palestin dalam peta dunia

RAMALLAH, 27 Zulkaedah 1441H, Ahad – Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin mempertimbangkan kemungkinan memilih carian enjin lain sebagai alternatif kepada aplikasi Google sebagai respon terhadap penghapusan negara itu dari peta.

Kempen awam hangat dilancarkan semalam – setelah Google dan Apple mengeluarkan nama Palestin dari peta dalam talian mereka – dengan lebih dari satu juta pengguna menandatangani petisyen menuntut kedua-duanya secara jelas menyebut Palestin di peta mereka.

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Ishaq Sidr berkata, penghapusan Palestin dari dua peta gergasi itu berat sebelah terhadap penjajahan Israel dan pelanggaran hak asasi manusia Palestin.

Katanya, kementerian mengambil beberapa langkah untuk menangani penghapusan nama Palestin, termasuk memberi tekanan kepada Google dan Apple menerusi server mereka yang digunakan oleh beberapa syarikat Palestin.

“Untuk sementara waktu, kementerian telah menghubungi Google, Facebook dan perusahaan lain untuk memberi tekanan dan memaksa mereka menghormati naratif Palestin, namun respon mereka tidak seperti yang diperlukan,” katanya.

Sidr menegaskan bahawa kerajaan menggalakkan peranan kesatuan sekerja, penentangan popular dan Pergerakan Pemulauan, Perlucutan dan Sekatan (BDS) menekan Google dan Apple dari langkah tidak adil ini.

Terdahulu, aplikasi Google dan Apple secara rasmi membuang negara Palestin dari peta dunia mereka dan menggantinya dengan Israel.

Tindakan berkenaan disifatkan sebagai sangat provokatif hingga mencetuskan kemarahan ramai pihak terutama rakyat Palestin serta aktivis media sosial yang menyokong perjuangan negara yang ditindas Zionis itu.

Semenanjung Gaza yang dikepung dan Tebing Barat yang dijajah sebelum ini ada disebut serta ditanda di dalam lakaran peta Google.

Tetapi sejak Selasa lalu, syarikat teknologi multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu telah menghapuskan nama Palestin dari semua petanya, hanya menganggap kedua-dua wilayah itu sebagai bahagian Israel.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button