Dunia

Iran dakwa 25 juta rakyat dijangkiti COVID-15 dalam 5 bulan

Jangka gelombang kedua pandemik berlarutan hingga Mac 2021

TEHRAN, 27 Zulkaedah 1441H, Ahad – Dianggarkan 25 juta orang telah dijangkiti pandemik COVID-19 di Iran dalam tempoh lima bulan, dengan 14,000 kematian direkodkan, menurut Kementerian Kesihatan negara itu. 

Kementerian itu memberi amaran menerusi sebuah laporan bahawa 30 hingga 35 juta penduduk di negara berkenaan berkemungkinan dijangkiti dalam tempoh beberapa bulan akan datang. 

Dakwaan itu susulan Iran belum mampu menangkis virus berkenaan walaupun satu perempat penduduk mungkin sudah dijangkiti.

Dalam pertemuan pada Sabtu, Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, gelombang pertama wabak telah berlalu dan negara sedang berdepan gelombang kedua.

“Laporan (kementerian) mengatakan bahawa kita harus menjangkakan jumlah orang yang perlu dirawat di hospital dua kali lebih banyak daripada jumlah pesakit yang diterima selama lima bulan kebelakangan ini,” katanya. 

Rouhani turut memberi amaran bahawa fasa kedua wabak di Iran kemungkinan akan berlanjutan hingga akhir tahun kalendar negara itu, pada 21 Mac 2021.

Terdahulu, Iran melaporkan 2,166 kes baharu dengan 188 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kepada 271,606 kes dan 13,979 kematian.

Pegawai kanan pasukan petugas anti-coronavirus Iran, Mustafa Qanie berkata, dijangkakan kira-kira 25 juta kes termasuk pesakit yang tanpa gejala dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Peningkatan kes jangkitan di Iran telah memaksa pihak berkuasa menguatkuasakan semula perintah berkurung dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat, termasuk mewajibkan pemakaian pelitup hidup dan mulut. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close