Berita UtamaPendapat

Letak calon bukan Islam di kawasan majoriti Melayu tak selari BMF

UMNO, PAS, Bersatu akan ketepikan suara sumbang MCA, MIC

1. KEMPEN Buy Muslims’ First (BMF) menyebabkan semakin pesat pengusaha Melayu Muslim menubuhkan bisnes yang dahulunya asing bagi orang Melayu, seperti kedai barang ganti kenderaan, kedai ‘hardware’ dan kilang pemprosesan bahan makanan.

2. Potensi bisnes Melayu Muslim dalam bidang yang baharu ini amat tinggi kerana dulunya pasaran terhad tetapi kesan kempen BMF menyebabkan pasaran terbuka luas.

3. Dalam kehangatan kempen BMF ini timbul pula isu parti berasaskan kaum dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC tanpa malu menuntut hak bertanding di kawasan majoriti Melayu . Desakan ini jelas menunjukkan mereka tidak sensitif dengan kempen BMF.

4. Kita percaya kesan kempen BMF ini akan merebak kepada urusan politik negara terutama kempen calon Muslim berwibawa.

Kesan kemenangan MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di kawasan majoriti Melayu akan memberi kesedaran kepada orang Melayu bahawa walaupun MCA menang undi Melayu di kawasan majoriti Melayu, tetapi tidak memberi keinsafan kepada MCA untuk terus memperjuangkan agenda bangsa Cina – dengan melaungkan perjuangan dan memijak pengundi-pengundi Melayu yang memenangkan mereka.

5. Percaturan politik parti berasaskan Melayu untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu atas alasan apa pun adalah tidak selari dengan kempen BMF dan jika terus tunduk dengan desakan ini nescaya akan memakan diri sendiri.

6. Saya percaya gabungan tiga parti politik berasaskan Melayu, UMNO, PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) akan mengenepikan suara sumbang MCA dan MIC.

Kalau pengundi bukan Melayu tidak menyokong mereka, lantik sahaja sebagai senator berdasarkan kewibawaan individu bukan berasaskan jawatan dalam parti .

Haji Mohd Tahir Hamdan
Ketua Perhubungan ISMA Johor

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close