Berita UtamaPendapat

Pelajari sejarah ultra kiasu, kenali sikap, perangai mereka

Tiada sedikit niat di hati mereka untuk maju bersama kaum lain

BERMULA dengan isu kerusi majoriti Melayu, mereka terus mendesak agar  Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf oleh kerajaan.

Badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mereka senada dan sepakat mengambil peluang keemasan ketika kepimpinan negara berada dalam keadaan tidak stabil, berikutan majoriti kerajaan terlalu tipis.

Dalam tempoh terdekat akan ada lagi kumpulan lain membuat tuntutan sama atau tuntutan tambahan yang telah diperjuangkan sekian lama.

Mereka hanya menunggu ruang dan peluang untuk mendesak kerajaan menerima tuntutan mereka tanpa memikirkan kepentingan bersama rakan seperjuangan dalam politik.

Sebenarnya mereka tidak ada rakan politik dengan bangsa lain.

Politik mereka hanya untuk bangsa mereka sahaja. Mereka akan bersama dengan rakan apabila banyak kepentingan bangsa mereka diperolehi.

Kesimpulannya, mereka bukan rakan dan tidak boleh dibuat rakan dalam semua perkara. Sesiapa yang menjadikan mereka rakan hakikatnya mengkhianati bangsa Melayu untuk selama-lamanya.

Kita perlu belajar dari sejarah. Bermula kedatangan mereka ke Malaysia, sebab mereka datang ke Malaysia. Adakah kedatangan mereka untuk membela kemerdekaan negara ini? Sudah tentu tidak.

Penjajah Inggeris yang membawa mereka masuk untuk menjarah bersama harta di negara ini. Bagaimana kita boleh mengharapkan mereka menentang penjajah Inggeris, sedangkan Inggeris yang membawa masuk mereka ke Malaysia.

Penjajah Inggeris memberi mereka modal jutaan ringgit untuk membolot dan menjarah kekayaan Malaysia selain memberikan  tanah ribuan hektar kepada mereka, sedangkan masa itu bangsa Melayu hanya diberi satu ekar untuk tanaman padi sahaja.

Dalam politik mereka membawa ideologi komunis dari dulu hingga sekarang. Lihat saja apa tindakan mereka bila dapat menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Bagaimana parti Melayu boleh mengadakan kerjasama dengan mereka jika ideologi jauh bertentangan.

Mungkin satu ketika ada titik persamaan, tetapi mereka amat licik ketika lemah kerana mereka akan sanggup bersama dengan mana-mana kelompok atau parti.

Apabila  mereka kuat, lihat apa yang terjadi sekarang ini. Terus mendesak dan mendesak tanpa melihat rakan yang pernah bersama sebelum ini.

Sudah tiba masanya bangsa Melayu melihat ke depan nasib bangsa jika keadaan ini berterusan.

Tempoh 22 bulan ketika menguasai kerajaan telah membuktikan ketamakan mereka untuk menguasai sepenuhnya negara ini dalam semua bidang.

Ianya sehinggalah yang tinggal di kampung-kampung pun sudah mula membuka topeng topeng penyamaran, rupa-rupanya sebahagian besar mereka adalah sama dari dulu hingga sekarang.

Mereka tetap dengan ideologi komunis. Politik mereka adalah ideologi politik komunis. Lihatlah bagaimana sistem politik komunis di negara asal mereka.

Mereka juga tidak akan menerima mana-mana sistem pendidikan selain dari negara asal mereka di mana saja mereka berada.

Tiada sebarang kompromi dalam semua ideologi mereka. Ideologi dalam politik, pendidikan, ekonomi, budaya, sosial dan lain-lain semuanya mesti merujuk kepada negara asal mereka dimana saja mereka berada.

Sepatutnya tiada kerjasama politik dengan mereka, tiada kerjasama ekonomi dengan mereka , kerana keuntungan akan menyebelahi mereka dengan sifat tamak haloba.

Mereka mengorek harta di Malaysia bukan untuk diagih bersama dengan bangsa Melayu. Hanya untung picisan sahaja untuk bangsa Melayu, itupun Pak Sanggup bangsa Melayu sahaja yang boleh mengecap sedikit kesenangan hanya untung buangan mereka.

Untung yang akan dibuang sebagai umpan untuk menjarah seterusnya.

Bangsa Melayu perlu bangkit sebelum terlambat.

Sudah banyak negara-negara Melayu purba yang telah mereka takluki dan kuasai.

Ianya sehingga bangsa Melayu hilang identiti di negara tersebut bermula dengan kerajaan Melayu Funan.

Bangsa Melayu bukan sahaja hilang identiti tetapi hilang segala-galanya dan boleh diumpamakan sebagai hamba.

Lihat sahaja apa yang mereka pertahankan sekarang ini. Kerusi Parlimen majoriti Melayu mereka pertahankan kononnya hak mereka untuk selama-lamanya.

Dulu mereka diberi kerusi tersebut kerana semangat kerakanan. Apa yang mereka telah dapat tetap akan dipertahankan.

Begitu juga harta negara ini yang telah mereka jarah, tidak ada sebarang perkongsian dengan bangsa Melayu di negara ini bahkan mereka akan menuntut lebih banyak lagi kononnya kesamarataan dan keadilan yang sedikit berbaki lagi.

Apa yang mereka telah jarah itu menjadi hak mutlak mereka tanpa sebarang perkongsian.

Sikap buruk mereka dalam semua bidang kehidupan. Tak usah mengharapkan apa-apa kebaikan dari mereka kerana tiada sedikitpun terniat di hati mereka untuk membantu bangsa lain untuk bersama-sama maju dan makmur.

Ini adalah falsafah bangsa mereka. Kita perlu belajar dari sejarah silam sehingga sekarang sikap dan kelakuan mereka. Apa yang berlaku di negara asal mereka begitulah juga di negara ini.

Insaf sebelum terlambat. Nasib anak cucu dan keturunan kita bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Sebarang keputusan dan dasar negara kita pada hari ini menentukan nasib anak cucu kita masa mendatang.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button