Berita Utama

COVID-19: 21 kes baharu hari ini

6 kes import manakala 15 lagi penularan tempatan

KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Sebanyak 21 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 8,800 kes dengan 122 kes kebolehjangkitan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 21 kes yang dilaporkan, enam merupakan kes import melibatkan empat rakyat Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara dan dua lagi bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Katanya, daripada enam kes import berkenaan, tiga kes adalah dari Filipina dan masing-masing satu kes dari India, Rusia dan dan Denmark.

“Daripada 15 kes penularan tempatan, 13 daripadanya melibatkan warganegara iaitu 12 kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang di Johor serta satu kes saringan prapembedahan di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan dan pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Bagi kes bukan warganegara melibatkan satu kes saringan prapembedahan dan satu kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button