Dunia

HIV di Korea Selatan catat peningkatan kes

Golongan berusia 20-an sumbang jumlah tertinggi 38.3 peratus

SEOUL, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Jumlah jangkitan HIV dalam kalangan remaja di Korea Selatan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor agensi berita Yonhap

Memetik laporan Persekutuan Pencegahan HIV/AIDS Korea, seramai 469 pesakit baharu berusia 10-an dan 20-an dilaporkan pada 2019, berbanding 415 pada tahun sebelumnya.

Jumlah itu didapati terus meningkat sejak 2011 apabila 248 kes baharu membabitkan golongan remaja dilaporkan.

Tahun lalu, golongan berusia 20-an menyumbang jumlah tertinggi iaitu 38.3 peratus meningkat berbanding 34.4 peratus tahun sebelumnya.

Laporan itu mengatakan kerajaan perlu melaksanakan langkah pencegahan lebih aktif untuk mengurangkan jangkitan dalam kalangan anak muda, yang kini dilihat sebagai satu lagi masalah sosial. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button