Dunia

Kubah masjid 200 tahun di India runtuh akibat hujan lebat

Kerja baik pulih struktur dilakukan kali terakhir pada tahun 2016

NEW DELHI, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Struktur sebuah masjid tua berusia 200 tahun di ibu negara India di sini, runtuh akibat hujan lebat yang melanda bandar itu. 

Masjid Mubarak Begum yang dibina pada tahun 1823, adalah antara beberapa bangunan peninggalan ikonik di kawasan lama bandar bersejarah itu. 

Ahad lalu, banjir di bandar berkenaan telah mengorbankan dua nyawa dan menyebabkan banyak kediaman rosak serta pokok tumbang. 

“Kira-kira jam 6.45 pagi waktu tempatan (9.15 pagi waktu Malaysia) kubah masjid berkenaan runtuh secara tiba-tiba dengan bunyi dentuman sangat kuat.  

“Saya sedang tidur di bilik saya dalam masjid ketika mendengar guruh. Kita kunci masjid tetapi masih benarkan solat dan kuliah,” kata Mohamad Zahid yang berkhidmat sebagai imam dan bilal di masjid berkenaan sejak 2004. 

Dia berkata, kali terakhir kerja membaik pulih masjid bersejarah itu dilakukan adalah pada tahun 2016.

Sejak itu, pihaknya ada menulis surat kepada pejabat Lembaga Wakaf – sebuah institusi pemerintah yang menjaga struktur muslim di negara itu – bagi memaklumkan keadaan masjid dan meminta bantuan membaiki atap.

Dia menulis sekali lagi permohonan bantuan ke pejabat Lembaga Wakaf Delhi hari ini bagi meminta membaiki struktur masjid yang rosak. 

Difahamkan, pegawai Lembaga Wakaf telah meninjau keadaan masjid yang runtuh untuk menilai kerosakan, namun enggan mengulas lanjut.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close