Berita Utama

MBSA terpaksa padam mural gergasi

Pihak tak bertanggungjawab musnahkan dengan kata kesat, cat merah

SHAH ALAM, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Ekoran tindakan vandalisme pada lukisan mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terpaksa mengambil tindakan memadam keseluruhan lukisan terbabit.

Mural gergasi itu termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan kata-kata kesat.

“Pihak Berkuasa Tempatan MBSA bertintak pantas padam keseluruhan lukisan terbabit. Syabas!

“Kepada yang buat kerja jahat, berhenti lah! Sepandai-pandai tupai melompat. Akhirnya kena juga nanti,” tulis Friends of PDRM, di laman sosial Facebook, hari ini.

Lukisan oleh ‘Miey Ali’ atau Muhammad Suhaimi Ali, 27 itu sebelum ini menjadi tular sehingga menarik perhatian Agong serta Dr Noor Hisham untuk turun padang menyaksikan sendiri mural tersebut.

Mural gergasi asal lukisan Miey Ali

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Facebook, beberapa gambar dimuat naik menunjukkan seni mural di dinding tersebut telah diconteng dengan kata-kata kesat menggunakan cat berwarna merah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button