Berita UtamaDunia

43 peratus rakyat AS dakwa kewangan lebih teruk sejak Biden tadbir

Presiden rancang turunkan kos penjagaan kesihatan, kos tenaga

WASHINGTON, 12 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Tinjauan baharu menunjukkan 43 peratus rakyat Amerika merasakan keadaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah pemerintahan Presiden, Joe Biden berbanding dua tahun lalu.

Tinjauan yang diterbitkan ABC News-Washington Post, mendapati masalah kewangan meningkat dua kali ganda sejak Biden memegang jawatan tahun lalu pada 20 Januari, menggantikan Donald Trump.

Mereka mendakwa, kewangan keluarga bertambah buruk, tetapi 39 peratus lagi berkata, ia kekal sama dalam tempoh dua tahun lalu manakala 18 peratus pula mendakwa ia lebih baik.

Hanya kira-kira 20 peratus berkata, keadaan kewangan bertambah buruk pada masa pilihan raya 2020 berbanding empat tahun sebelum Trump dipilih, menurut tinjauan.

Dalam apa yang dipanggil ‘bencana’ untuk Parti Demokrat yang memerintah, inflasi mencapai paras tertinggi 40 tahun dalam bacaan rasmi terakhir menjelang pilihan raya perundangan pertengahan penggal.

Laporan yang diterbitkan bulan lepas mengenai inflasi menunjukkan harga di AS meningkat lebih daripada jangkaan.

Data itu lebih buruk daripada yang dilihat kerana kerajaan mengecualikan makanan dan petrol daripada kadar inflasi rasmi.  

Rekod tertinggi itu didorong oleh peningkatan keperluan lain seperti penginapan, rawatan perubatan dan pengangkutan massa.

Laporan itu menandakan berita buruk untuk Biden dan Parti Demokrat yang terdesak untuk mengekalkan kawalan Kongres.

Biden dalam kenyataan berkata, inflasi adalah cabaran ekonomi utama dan beliau mempunyai rancangan untuk menurunkan kos penjagaan kesihatan dan tenaga.

“Rancangan Republikan sangat berbeza.  Mereka ingin meningkatkan kos ubat preskripsi, kos insurans kesihatan dan kos tenaga.

“Pada masa sama memberikan lebih banyak pelepasan cukai kepada syarikat besar dan orang kaya. 

“Inilah perjanjiannya: memotong cukai korporat dan membenarkan farmasi besar menaikkan harga semula adalah rancangan inflasi Republikan dan ia adalah satu bencana,” kata Biden. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button