Berita UtamaDunia

Raja Salman dikejarkan ke hospital

Penjaga dua masjid suci itu dipercayai alami radang pundi hempedu

RIYADH, 28 Zulkaedah 1441H, Isnin – Penjaga dua masjid suci, Raja Salman bin Abdulaziz dari Arab Saudi dilaporkan, dimasukkan ke hospital Pakar Raja Faisal di ibu kota Riyadh untuk pemeriksaan perubatan, lapor agensi berita negara (SPA) awal pagi, hari ini.

Raja Salman, yang memerintah negara pengeksport minyak terbesar di dunia itu dipercayai dimasukkan ke hospital akibat radang pundi hempedu.

Bagaimanapun, tiada makluman lebih lanjut dilaporkan.

Raja Salman menghabiskan lebih dua tahun setengah sebagai Putera Mahkota Arab Saudi dan Timbalan Perdana Menteri dari Jun 2012 sebelum menjadi raja.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Gabenor Wilayah Riyadh selama lebih daripada 50 tahun.

Manakala anaknya, Putera Mahkota yang berusia 34 tahun, Mohammed bin Salman (MBS), adalah penguasa de facto dan telah memperkenalkan sejumlah reformasi untuk mengubah ekonomi kerajaan sekali gus mengakhiri kebergantungannya pada minyak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button