Berita UtamaDunia

Rejim Israel dengki roboh pusat uji kaji COVID-19 Palestin

Tentera negara haram serbu kem pelarian, lepaskan tembakan

TEBING BARAT, 29 Zulkaedah 1441H, Selasa – Tanpa sebarang alasan, rejim pengganas Israel merobohkan pusat pemeriksaan keselamatan Palestin yang digunakan untuk menguji coronavirus di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Pusat pemeriksaan itu didirikan oleh pasukan keselamatan Palestin di pintu masuk bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki untuk mencegah penyebaran virus.

Sebanyak 468 kes coronavirus baharu dan tiga kematian akibat penyakit itu dicatatkan di wilayah Palestin yang dijajah pada Isnin, demikian data disahkan Kementerian Kesihatan, menjadikan kes aktif pada 8,360 dan jumlah kematian pada 65.

Kementerian itu berkata, 40 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk tiga yang memerlukan bantuan pernafasan, tanpa laporan pemulihan.

Pada kejadian sama juga, tentera negara haram turut mencederakan seorang lelaki Palestin di kem pelarian Jenin.

Sumber tempatan berkata, tentera menyerbu bandar Jenin dan kem pelariannya untuk menangkap aktivis.

Pasukan penjajah turut melepaskan tembakan terhadap warga Palestin di kawasan itu, yang menurut laporan, mencederakan seorang penduduk di kaki namun dikatakan stabil.
Sementara itu dua lagi ditahan sebelum tentera meninggalkan bandar.

Pasukan Israel sering menyerang bandar dan kampung Palestin di Tebing Barat yang diduduki untuk menangkap aktivis popular Palestin.

Pada Mac lalu, Monitor Euro-Med yang berpusat di Geneva mendesak masyarakat antarabangsa melindungi rakyat Palestin dan memaksa tentera Israel menghentikan serangan di bandar yang mengancam langkah-langkah pencegahan diambil Pihak Berkuasa Palestin untuk mengawal wabak COVID-19.

NGO untuk perlindungan hak asasi manusia itu juga meminta untuk menyelidik perilaku mencurigakan sebilangan tentera dan peneroka haram Yahudi, yang mana kelihatan cuba menyebarkan jangkitan dan meminta mereka bertanggungjawab. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button