Berita UtamaDunia

Ibadah haji bermula 29 Julai

Had 1,000 orang, pemeriksaan sebelum tiba di Makkah

RIYADH, 29 Zulkaedah 1441H, Selasa – Arab Saudi memaklumkan bahawa hanya kira-kira 1,000 jemaah akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam ibadah haji tahun ini ekoran wabak coronavirus yang meragut nyawa.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, ibadah umat Islam tahunan – yang biasanya menyaksikan ketibaan seramai 2.5 juta jemaah – akan bermula pada 29 Julai.

Agensi berita Saudi Press Agency melaporkan, ibadah haji tahun ini akan terhad kepada jemaah haji berumur di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik.

Kementerian Haji Arab Saudi juga mengatakan hanya pegawai perubatan profesional dan anggota keselamatan, yang telah pulih dari wabak, yang akan dibenarkan untuk hadir.

Ibadah ini dibatasi hanya untuk 1,000 warga asing dan rakyat Arab Saudi yang tinggal di negara itu, menurut para pejabat Haji, tetapi beberapa laporan media menyatakan bahawa sekitar 10,000 orang mungkin dapat mengerjakan ibadah tersebut.

Jemaah haji yang mengambil bahagian akan diperiksa kesihatan mereka sebelum tiba di kota suci Makkah dan diminta untuk dikuarantin di rumah setelah melakukan ibadah, menurut pegawai kesihatan.

Arab Saudi setakat ini mencatatkan sekitar 253,349 kes jangkitan, termasuk 2,523 kematian – jumlah tertinggi di antara negara-negara Arab Teluk Parsi.

Awal tahun ini, Arab Saudi menangguhkan inadah Umrah sepanjang tahun ekoran kebimbangan penyebaran coronavirus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button