Berita Utama

Indonesia rekod 1,693 kes COVID-19 dalam 24 jam

Jumlah keseluruhan 88,214 kes, 36,380 pesakit dalam pemantauan

JAKARTA, 29 Zulkaedah 1441H, Selasa – Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 88,214 kes, iaitu tambahan 1,693 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 96 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 4,239 orang.

“Sebanyak 36,380 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,433 orang, diikuti Jakarta (745), Jawa Tengah (359), Sulawesi Selatan (281) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 18,545 kes, diikuti Jakarta (16,899 kes) dan selebihnya di 32 wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button